Connect with us

Inspirasi

Dipuji Beri Servis Terbaik, Staf Bank Bantu Warga Emas Hingga Tolak Kerusi Beroda

Urusan-urusan rasmi di pejabat agensi biasanya memerlukan kita menunggu untuk diberi perkhidmatan mengikut giliran. Oleh itu, sudah pasti setiap pelanggan perlu menanti dengan sabar sehingga giliran mereka sampai bagi mengelakkan sebarang pertelagahan.

Namun begitu, bagi mereka yang sudah berusia ataupun mempunyai masalah kesihatan, menunggu dalam satu tempoh yang lama pastinya memenatkan. Jadi, bagi memudahkan urusan mereka selesai, budi bicara pihak agensi dan pelanggan yang lain amat diharapkan.

Mudahkan urusan orang lain

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Annida Amar, dia telah mengucapkan terima kasih kepada seorang kakitangan bank CIMB kerana membantu memudahkan urusan ibunya yang sudah berusia.

 

 

Bantu sampai ke kereta

Muat naik yang dibuat Annida itu dikongsikan di laman Facebook Bahau Town dan dia menceritakan kejadian tersebut. Menurutnya, seorang pegawai bank yang bertugas dikenali sebagai Apak telah mencari kerusi beroda untuk memudahkan ibunya bergerak bagi menyelesaikan urusan di bank.

Dia juga telah menolak kerusi beroda itu sehingga ke kereta seusai urusan ibu Annida selesai.

Siapa tak kenal Apak, memang ramah

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon positif daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan mulia pegawai bank itu. Mereka juga mengakui bahawa pegawai bank tersebut sangat dikenali oleh penduduk sekitar kerana ramah dan kerap membantu orang lain memudahkan urusan di bank tersebut.

Layanan staf CIMB Bahau memang terbaik

Ramai yang sayang Apak rupanya

Sumber: Annida Ammar, Bahau Town

Continue Reading
Advertisement

Trending