Connect with us

WTF

Perogol Ini Hanya Tunduk & Nangis, Tak Sanggup Bersemuka Dengan Mangsanya

Hidup seorang gadis bernama Ashwaq Hameed berasal dari puak Yazidi di Iraq, menjadi kelam selepas dia diculik ketika berumur 14 tahun dan dipaksa menjadi hamba seks oleh pengikut kumpulan Daish.

Selepas daripada Ashwaq diculik, dia dijual kepada Abu Human dengan harga AS$100 (RM4,100) dan dia diperkosa berkali-kali, diseksa dan didera.

Berjaya larikan diri, jalan 14 jam minta perlindungan

Namun, Ashwaq berjaya melarikan diri setelah dia meletakkan ubat tidur ke dalam minuman Abu Human, dan berjalan hampir 14 jam menuju Pergunungan Sinjar, tempat perlindungan puak Yazidi lain.

Kemudian Ashwaq berpindah ke Jerman sebagai pelarian, disitula dia memulakan persekolahannya dan mula belajar bahasa Jerman.

Berjumpa semula dengan perogol

Sudah ditakdirkan, setelah lima tahun dia terserempak semula dengan Abu Human di Stuttgart pada 2016 dan sekali lagi pada 2018 di Schwabisch Gmund, selatan Jerman.

Berdasarkan laporan Daily Mail, Ashwaq dengan tampil bersemuka dengan perogolnya dalam satu sidang media, ketika itu Abu Human tidak mahu mengangkat muka dan hanya tunduk menangis.

Kenapa saya? Kamu musnahkan hidup saya

Dalam pada itu, Ashwaq dengan nada penuh beremosi telah mempersoalkan tindakan kejama Abu Human terhadapnya, yang telah memusnahkan hidupnya.

“Saya baru 14 tahun ketika kamu merogol saya. Angkat kepala kamu! Kamu ada adik perempuan? Kamu tiada perasaan? Tiada maruah? Saya baru berusia 14 tahun. Mungkin sebaya umur anak perempuan, anak lelaki kamu. Sebaya adik perempuan kamu…”

“Kamu musnahkan hidup saya. Rampas segala-galanya daripada saya, semua yang saya impikan. Kini, kamu tahu apa erti penderitaan, bagaimana rasanya diseksa, apa itu kesunyian. Jika kamu ada sebarang perasaan, kamu tidak akan merogol saya ketika saya berumur 14 tahun…”

Difahamkan, kini Abu Human telah ditangkap dan dipenjarakan di Iraq kerana kesalahannya merogol dan menjadikan Ashwaq sebagai hamba seks.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending