Infozon
Digelar Kucing Paling Santai, Shiro Kesayangan Ramai Mati Pada Usia 18 Tahun

Seekor kucing Jepun yang sangat popular di laman media sosial telah mati minggu lalu pada usia 18 tahun. Si comel itu dikenali dengan personalitinya yang sangat santai dan tenang.
Shiro mengumpul peminat sendiri apabila videonya bersama siput yang sedang berjalan di atas tangan tular sehingga mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan.
Ia juga terkenal kerana boleh melelapkan mata tidak kira masa dan tempat. Walaupun sifat sebenar kucing sering dianggap aiwan yang pemalas tetapi ramai tetap kagum dengan sikapnya yang santai dan tenang.
Menerusi Instagram, pelbagai posting dikongsi yang dilihat bergambar bersama bunga, buah-buahan, spesis lain sambil tidur atau bersantai yang mampu membuat ramai tersenyum.
Dengan kecomelan dan sikap Shiro yang santai, ia mempunyai beberapa akaun Instagram lain yang dibuat oleh peminatnya yang turut berkongsi gambar aksi si comel ini.
Kalau nak tahu, nama Shiro atau nama panjang, Shironeko dalam bahasa Jepun yang bermaksud ‘kucing putih’. Mendengar tentang kematian kucing ini, ramai yang meluahkan kesedihan mereka melalui ruangan komen.
Sumber: Boredpanda

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit