Connect with us

WTF

Diceraikan Suami & Dicemuh Keluarga Mertua Kerana Malu Dapat Waris Cacat

Setiap pasangan suami isteri, pastinya memasang impian untuk memiliki anak dari hasil perkahwinan mereka sendiri. Namun, tidak semua pasangan bertuah untuk mempunyai anak, malah ada yang diuji sebaliknya.

Di Indonesia, seorang wanita bersama bayi kecilnya, dilaporkan telah ditinggalkan oleh suaminya. Dikhabarkan lagi, suaminya itu meninggalkan mereka berdua dalam keadaan kontang kanting, kerana tidak mahu menanggung malu memiliki anak yang tidak sempurna.

 “Suami pergi kerana malu…”

Wanita yang dikenali sebagai Dina Oktivia ini, tidak menyangka bahawa kelahiran cahaya matanya bakal membawa kepada keretakan rumah tangga mereka.

Menurutnya lagi, bekas suaminya itu telah meninggalkannya sejak sebulan yang lepas.

 

Anak penghidap Hidrosefalus

Bayi lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Pandhu Firmansyah, disahkan telah menghidap penyakit Hidrosefalus yang menyebabkan anaknya itu mengalami kerosakan pada bahagian wajah terutamanya mata, bibir dan hidung.

Keluarga mertua pun tak terima

Malah, tambahnya lagi keluarga mertuanya juga enggan mengakui dan menerima Pandhu sebagai cucu mereka. Bukan setakat itu, Dina dan anaknya itu juga dicemuh oleh keluarga bekas suami kerana terlampau malu memiliki waris yang tidak sempurna.

 

Sumber: Surya.Co.Id

Continue Reading
Advertisement

Trending