Connect with us

Inspirasi

Dibuang Keluarga Sejak Kecil, Pemuda Bina Banglo Mewah Balas Jasa Ibu Bapa Angkat

Seorang lelaki, Javi yang berusia 28 tahun ditinggalkan ibu bapa kandung di Filipina ketika dia berusia tiga tahun. Namun dia bernasib baik apabila terdapat pasangan suami isteri mengambilnya sebagai anak angkat.

Walaupun mereka kurang berkemampuan, bapanya yang bekerja sebagai pembawa barang di hotel dan ibunya bekerja sebagai penjual jalanan tetapi mereka memastikan dapat membesarkan Javi.

Keluarga tersebut tinggal di sebuah apartmen kecil dengan 28 penyewa lain dan kediaman itu sering terputus bekalan elektrik serta dipenuhi dengan tikus.

Dengan azam ingin membawa keluarganya keluar dari kemiskinan, Javi gigih belajar sehingga berjaya masuk ke kolej sebelum memasuki industri insurans selepas graduasi.

Berkat setelah bekerja keras dan tidak pernah kenal erti penat jemu selama tujuh tahun, dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus cawangan.

Dengan kewangan yang stabil, Javi melakukan satu perkara yang telah lama dia inginkan bagi membalas jasa ibu bapa angkatnya iaitu membina untuk mereka sebuah villa mewah tiga tingkat berserta tujuh bilik supaya mereka boleh hidup dengan selesa.

“Saya membayar rumah itu secara tunai dan ia siap dibina dalam masa setahun. Ia mempunyai tujuh bilik dan kami tidak membawa apa-apa daripada rumah lama kecuali TV yang saya beli untuk keluarga sebagai hadiah bersempena Hari Natal,” katanya.

Javi yang tidak pernah lupa untuk membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa angkatnya menarik perhatian warganet di laman sosial dengan memuji sikapnya yang boleh dijadikan inspirasi ramai.

Sumber: World of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending