WTF
Dibenci Rakyat Sendiri! Rasuah & Gagal Kawal Covid-19, Netanyahu Didesak Letak Jawatan

Kedudukan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, kini mula goyah selepas ribuan penduduk di seluruh Israel malam tadi menyertai tunjuk perasaan menggesa Netanyahu meletakkan jawatan berikutan dakwaan kes rasuah dan peningkatan kes Covid-19.
Tunjuk perasaan itu melakukan demonstrasi berkenaan di kediaman peribadi Netanyahu di bandar utara Caesarea, rata-rata mereka memegang sepanduk yang mendakwa Netanyahu gagal dan mendesak pengunduran dirinya.
Gagal kawal krisis Covid-19
Menerusi laporan media, ribuan penduduk di Tel Aviv menyifatkan Netanyahu gagal mengawal krisis pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan kemerosotan ekonomi.
Ada yang mendakwa, sejak daripada Covid-19 masalah pengangguran semakin meruncing, dan mereka juga mendakwa bahawa kerajaan gagal menyokong usaha rakyat yang terpaksa bekerja sendiri ekoran kehilangan mata pencarian akibat wabak itu.
Berdepan dakwaan rasuah
Pada awalnya, Israel berjaya dan dipuji kerana mengambil langkah awal dalam membendung penularan Covid-19, namun gelombang kedua mula menyerang selepas kerajaan menarik semula sekatan pada akhir April lalu.
Sehingga kini, Israel yang didiami sembilan juta orang sehingga kini merekodkan lebih 72,000 kes positif termasuk 523 kematian.
Netanyahu yang kini sedang berdepan perbicaraan di mahkamah daerah Jerusalem terhadap tuduhan rasuah, menuduh saluran televisyen swasta 12 dan 13 menyampaikan propaganda untuk demonstrasi anarki bersayap kiri.
Sumber : Harian Metro

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit