WOW
Dibebas Selepas 68 Tahun Terkurung, Banduan Juvana Terkejut Lihat Bangunan Tinggi

Seorang lelaki di Pennyslyvania, Amerika Syarikat telah menghabiskan masa selama 68 tahun terkurung di sebalik tirai besi sekali gus menjadikan dirinya antara banduan yang tertua berada di penjara Pheonix.
Menerusi laporan Daily mail, lelaki yang dikenali sebagai Joseph Ligon berusia 15 tahun ketika disabitkan kesalahan kerana terbabit dalam kes rompakan sehingga meragut dua nyawa pada tahun 1953.
Menurut laporan The Sun pula, pada 2016, Mahkamah Agung AS bersetuju untuk mengurangkan hukuman kepada 35 tahun sahaja berbanding hukuman sepanjang hayat untuk pesalah muda kerana disifatkan agak kejam.
Justeru itu, setelah hampir tujuh dekad berada di dalam penjara sebagai pesalah juvana, Ligon akhirnya dibebaskan pada usia 83 tahun dan sangat teruja apabila dapat melihat dan menikmati kembali dunia luar.
“Saya memandang bangunan tinggi. Ini semua baru dan saya tak pernah lihat sebelum ini,” katanya.
Malah sebelum dibebaskan, dia telah melakukan latihan peralihan untuk memudahkan dirinya menjalani kehidupan selepas dibebaskan supaya tidak berasa kekok.
Sumber: Daily Mail & The Sun

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit