WOW
Diangkut Beramai2 Naik Black Maria, Fasa Ke-3 PKP Tiada Lagi Toleransi

Hari ini bermulanya fasa ketiga bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi penduduk di Malaysia. PKP kali ini menuntut kerjasama dan komitmen lebih pada setiap rakyat bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Rakyat dinasihatkan supaya terus kuat dan berdisiplin untuk melalui tempoh PKP fasa ketiga. Disebabkan itu,kerajaan memutuskan mulai hari ini, sesiapa yang masih ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah dan tidak lagi dikompaun seperti fasa pertama dan kedua PKP.
Tiada lagi denda, terus ke mahkamah!
Di Twitter, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu diangkut menaiki lori polis ataupun mesra dengan panggilan Black Maria.
Individu-individu yang diangkut ini dikatakan telah ingjar dengan arahan PKP fasa yang ketiga, yang telah berkuat kuasa pada hari ini.
Bagi memastikan rakyat patuh terhadap PKP fasa ketiga ini, kerajaan memutuskan mulai hari ini, individu yang masih ingkar atau berdegil akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah.
Malah tiada lagi dikompaun yang dikenakan seperti fasa terdahulu.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah beberapa kali menegaskan berdasarkan Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya penjara lima tahun.
Sumber: Berita Harian, Twitter.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit