Infozon
Di Sebalik GDex – Perkhidmatan Penghantaran Bernilai Berbilion Ringgit

GDex adalah perkhidmatan penghantaran yang semakin meningkat naik dan dalam pasaran, syarikat tersebut adalah bernilai RM2.3bil, manakala Pos Malaysia yang menawarkan perkhidmatan yang sama hanya bernilai separuh dari syarikat GDex.
Bagaimana ini boleh terjadi?
GDex berjaya mendapatkan pelabur luar negara dengan perkhidmatan e-dagang mereka.
Siapakah pemilik GDex?
22.8% adalah milik Yamato Holdings Co Ltd dari Jepun
*Yamato ialah syarikat kiriman terbesar di Jepun dengan pasaran sebanyak 40% di Jepun
11.2% adalah milik Singapore Post Ltd (SingPost)
*SingPost bergantung kepada syarikat e-dagang terkenal, AliBaba yang mempunyai saham dalam syarikat SingPost sebanyak 10.35%.
36.17% adalah milik pengasasnya, Teong Teck Lean
Siapakah pengasas GDex?
Teong Teck Lean ialah seorang jurutera tetapi telah menjadi seorang remisier. Teong telah membeli GDex pada tahun 2000 dan telah berjaya menyenaraikan syarikat itu dalam pasaran Mesdaq pada tahun 2005. Sekarang ini beliau menguruskan GDex sebagai Pengarah Urusan.
Pada tahun 2005, GDex mempunyai 850 pekerja dengan 174 lori yang beroperasi. Kini GDex mempunyai 2,315 pekerja dengan 578 kenderaan bergerak.
Semasa GDex baru beroperasi, Teong juga memandu lori dan menghantar barang yang perlu apabila kekurangan pekerja. Walaupun sekarang GDex mempunyai ramai pekerja, Teong masih memantau aliran keluar masuk perkhidmatannya serta operasi syarikat supaya ia berjalan dengan lancar.
Kini perkhidmatan GDex telah menelusuri pasaran sehingga Singapura dan Indonesia.
Pada laporan tahunan terkini, Teong berhasrat untuk menjadikan GDex sebagai perkhidmatan penghantaran terunggul di Asean.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit