Connect with us

Infozon

Di Jepun, Rata-Rata Pelajar Universiti Dah Dapat Kerja Sebelum Grad. Ini Puncanya…

Di Jepun semester baru bermula bulan April. Jadi pada waktu ini, hampir semua syarikat di Jepun akan kemas kini tentang maklumat pengambilan pekerja baru di laman web masing-masing. Pelajar tahun akhir untuk program Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran biasanya akan mula mencari-cari peluang pekerja dengan syarikat-syarikat pada waktu ini.

Terdapat beberapa cara mahu mohon pekerjaan dengan syarikat-syarikat ini. Para pelajar boleh memilih sama ada untuk memohon melalui 自由応募 (permohonan percuma), 学校推薦 (school recommendation) atau menggunakan perkhidmatan ejen pencarian pekerjaan.

Sekiranya melalui 自由応募(permohonan percuma), pelajar perlu melakukan semua perkara sendiri. Dari apply entry sheet, jawab ujian secara online, pergi 説明会(company explanation), interview dan lain-lain. Pada laman web syarikat itu sudah disediakan tarikh-tarikh proses dia, jadi para pelajar boleh menyusun dengan jadual universiti.

Biasanya langkah dia mula dengan menghantar entry sheet, join company explanation, jawab ujian, temuduga pertama, temuduga kedua dan temuduga terakhir sebelum diterima masuk.  Tetapi setiap syarikat adalah flow mereka masing-masing.

Di dalam tempoh masa dari hantar entry sheet sampai naitei (diterima masuk) itu mungkin mengambil masa berbulan-bulan. Kebiasaannya pelajar akan memohon dengan banyak syarikat. Ada sampai berpuluh-puluh syarikat. Jadi, waktu ini memang meletihkanlaj, sebab mahu fokus pada tahun akhir di universiti lagi.

Tapi itu kalau buat secara permohonan percuma. Tetapi kalau mohon menggunakan school recommendation, pelajar akan berurusan dengan pihak universiti. Universiti akan perkenalkan beberapa syarikat yang berkaitan dengan universiti itu dan pelajar terpilih dibenarkan untuk memohon dengan mana-mana syarikat yang diminati mereka.

Kelebihan menggunakan school recommendation ini adalah pelajar boleh langkau langkah yang banyak-banyak di dalam permohonan percuma itu. Jadi mungkin boleh selepas pergi temuduga pertama, terus boleh menduduki temuduga yang terakhir. Namun, sekiranya naitei (diterima), pelajar itu tidak dibenarkan untuk menolak tawaran pekerjaan itu dan wajib untuk terima dan masuk syarikat itu.

Kalau pakai perkhidmatan ejen pencarian pekerjaan pula, ejen itu akan perkenalkan syarikat-syarikat yang sedang memerlukan pekerja dan kita akan mohon perkerjaan dari syarikat itu melalui ejen yang kita guna. Ejen itu akan bantu kita sepanjang proses tu sampai kita naitei.

Jadi, macam itulah sedikit sebanyak proses mencari pekerjaan di Jepun. Sekarang ini pun, ramai junior yang tengah shukatsu (joh hunting). Normal lah kalau tengok pelajar pergi kelas dengan sut lengkap, sebab lepas kelas mereka boleh bergegas pergi shukatsu pulak 懐かしいね〜

Oh dan kebanyakan syarikat di Jepun tidak tengok puin CGPA. Ini berdasarkan kepada pengalaman aku, pengalaman orang lain mungkin berbeza. Setakat aku pergi temuduga, semua syarikat hanya bertanya mengenai apa yang aku belajar di universiti, pasal kemahiran-kemahiran berkaitan dan soalan-soalan biasa yang lain ketika temuduga.

Sumber : Ridzwan Mahazan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending