Connect with us

Inspirasi

Demi Tanggung Anak OKU, Pakcik Jalan Kaki Setiap Hari Jual Ais Kacang

Kotaraya Bangkok di Thailand memang popular dengan pelbagai jenis makanan yang dijual warga tempatan sehingga mendapat keuntungan harian.

Namun wang diperoleh peniaga warga emas ini bukan untuk bersuka ria, sebaliknya untuk menanggung anak lelakinya yang kurang upaya.

Lebih mesra dipanggil pakcik Dam, beliau menjual ais kacang di tepi jalan dengan harga sekitar 10 Baht (RM1.38) semangkuk yang sentiasa dipenuhi pelanggan sehingga mampu membayar kos rawatan anaknya.

Disebabkan tinggal agak jauh dari bandaraya Bangkok, beliau perlu berjalan sejauh enam kilometer setiap hari untuk menjual ais kacang selain menolak kerusi roda anaknya.

Mengimbas kembali keperitan hidup, pakcik Dam berkata isterinya meninggalkan beliau dan anaknya selepas mengetahui remaja tersebut menunjukkan tanda-tanda kecacatan fizikal ketika berusia lapan bulan.

Walau bagaimanapun, beliau nekad untuk bangkit dan mengusahakan perniagaan sendiri tanpa mengingat masa silam dan terus maju ke hadapan.

Kalau korang ada sekitar Bangkok, boleh la singgah jumpa anak-beranak ni kat gerai pakcik Dam di Rat Burana District.

Sumber : Wongnai

Continue Reading
Advertisement

Trending