Connect with us

Inspirasi

Demi Sesuap Nasi, Opah Lanjut Usia Ini Masih Cekal Cari Rezeki

Kebanyakkan dalam masyarakat kita, apabila usia sudah mencecah 60 tahun ke atas, ramai yang memutuskan untuk tidak lagi bekerja dan mahu duduk berehat di rumah menghabiskan masa bersama keluarga.

Tetapi tidak semua yang mempunyai seperti itu, seperti perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Risma Dy, telah memuat naik foto seorang wanita warga emas yang masih gigih lagi bekerja.

Nenek uzur cekal lagi cari rezeki

Melihat daripada foto yang dikongsi, kemungkinan warga emas tersebut berumur dalam lingkungan 70-an, masih gigih menjual minyak diesel dan beberapa barangan runcit sebagai punca rezeki.

Menerusi kapsyen pengguna tersebut, dia menyarankan agar orang ramai saling membantu membeli barangan daripada golongan peniaga kecil seperti warga emas itu, kerana mereka hanya meniaga demi meneruskan kelangsungan hidup.

Rasa hiba setiap kali melihat warga emas yang sudah uzur masih lagi keluar bekerja seperti nenek ini, sedangkan sementara itu, ada dalam golongan yang masih sihat sanggup untuk mengemis dan tidak mahu bekerja.

Sumber : Risma Dy

Continue Reading
Advertisement

Trending