Inspirasi
Demi Satu Janji, Budak 8 Tahun Daki Gunung Tertinggi Taiwan Bawa Potret Mendiang Ibu Bersama

Ramai yang suka berjanji, tetapi belum tentu ada yang sanggup mengotakan janjinya. Namun, buat kanak-kanak lelaki dari Taiwan ini, janji bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.
Menerusi kisah yang dikongsikan di dalam Facebook ayah kepada kanak-kanak lelaki, dikenali sebagai Tzuo Ze Gang berusia lapan tahun, yang telah membuat satu janji kepada mendiang ibunya.
Menurut, Tzuo ayah kepada kanak-kanak itu, ketika hayat isterinya masih ada dan sewaktu itu anaknya baru berusia empat tahun, isterinya telah menyatakan hasrat untuk mendaki Gunung Jed (Jade Mountain) bersama-sama.
Tunai janji ibu…
Namun, setahun kemudian kaki isterinya terpaksa dibedah dan tidak dapat untuk menunaikan hasratnya itu. Jadi, isterinya telah berpesan agar membawa barangan peribadinya kemana sahaja mereka pergi.
Tahun lepas, isterinya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan suami dan dua anak lelaki. Anak lelaki yang masih kecil, Ze Gang masih bersedih dengan kehilangan tersebut.
Tetapi, tidak pernah luput daripada ingatannya untuk menunaikan hasrat mendiang ibunya. Justeru, sejak 18 Ogos, Ze Gang telah bertekad untuk mendaki Gunung Jed, dimana antara gunung yang tertinggi di Taiwan.
Si kecil yang tidak putus asa…
Tambah bapanya, bukan mudah untuk Ze Gang yang baru berusia lapan tahun mendaki gunung setinggi itu, dia mengalami pelbagai cabaran sehingga mengganggu kesihatannya.
Pun begitu, anaknya tidak pernah mahu berputus asa, hasilnya dia berjaya sampi ke puncak gunung dan menunaikan hasrat ibunya.
Saya berjaya ibu!
Lebih mengharukan, sesampai sahaja di atas puncak gunung, Ze Gang mengeluarkan potret mendiang ibunya lalu menjerit sekuat hati menyatakan kejayaannya itu.
“Ibu! Saya berjaya sampai ke puncak gunung…! Saya membawa ibu sehingga ke puncak Gunung Jed…!”
Setelah 591 hari ibunya meninggal dunia, akhirnya anak kecil itu berjaya mengotakan janjinya. Jika ibunya masih ada, sudah pasti dia akan berasa bangga melihat kesungguhan dan semangat yang kuat dalam jiwa anaknya.
Sumber : WOB

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit