Connect with us

Inspirasi

Demi Rezeki, Lelaki Sanggup Berdiri Tepi Jalan Jaja Kerepek Ketika Hujan Lebat

Mencari rezeki bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, ia merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan demi meneruskan hidup.

Berniaga dalam hujan lebat

Dalam satu perkongsian dari pengguna aplikasi TikTok Indonesia, akaun bernama @syahreza26 telah berkongsi satu video memaparkan seorang lelaki memakai baju hujan sambil menjaja makanan ringan atau jajan ketika hujan lebat.

Lebih menghibakan, kawasan tersebut dipercayai di Depok, Jakarta sedang mengalami banjir dan kenderaan yang lalu lalang telah melanggar air hingga terpercik ke arahnya.

@syah_reza26

SEMANGAT UNTUK SELURUH PENCARI NAFKAH DITENGAH HUJAN DAN BANJIR SEMOGA SEHAT DAN BERKAH SELALU #pedagang #snack #banjir #hujan #depok #berkah

♬ mungkin hari ini esok atau nanti – anneth

Advertisement

Kerepek buat sendiri

Selepas video tersebut tular, pengguna TikTok yang juga seorang seorang pembaca berita di Indoensia telah kembali menemui lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Danang.

Menurutnya, dia menjual kerepek-kerepek yang dibuat sendiri dengan harga Rp 6,000 sahaja iaitu lebih kurang RM1.70.

@syah_reza26

#stitch dengan @syahreza26 INI DIA MAS DANANG PENJUAL SNACK DI KAWASAN DEPOK. .ADA WA NYA GUYS #pedagang #snack #banjir #hujan #semangat #keluarga

♬ original sound – syahreza26 – syahreza26

Usaha gigihnya mencari rezeki ketika pandemik dan cuaca yang kurang baik ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial.

Advertisement

Rata-rata penduduk setempat bersedia untuk membantu jualannya dengan datang membeli kerepek yang dijual di pinggir jalan itu.

Sumber: syahreza26

Continue Reading
Advertisement

Trending