Connect with us

WOW

Atas Rasa Hormat Terhadap Pelajar Berhijab, Pihak Sekolah Sanggup Ubah Kod Pakaian Seragam

Walaupun pelbagai persepsi negatif yang kita terima mengenai penerimaan orang barat terhadap Muslim, namun masih ada sebilangan masyarakat disana mampu untuk bertoleransi dengan batas dan larangan yang diterapkan oleh agama Islam.

Bagi keluarga seorang pelajar perempuan, bernama Sumaiyah pula bersyukur bahawa sekolah jenis kolej Baptis di Australia yang disertainya menerima baik agamanya, termasuk dirinya yang berhijab.

Sumaiyah pelajar berhijab yang pertama

Menurut bapanya, yang dikenali sebagai Syahrom Rahmad, dia dimaklumkan oleh pihak sekolah tersebut bahawa anaknya adalah pelajar Muslim pertama yang mengenakan hijab di kolej berkenaan.

“Ketika Sumaiyah baru menyertai Kolej Baptis tempatan, kami diberitahu dia merupakan pelajar berhijab pertama di Middle High School kolej tersebut. Pengetua mengambil langkah menyediakan sudut solat untuk Maiyah.

Pihak sekolah setuju ubah dress code 

Demi menghormati agama Islam yang menuntut untuk menutup aurat, selepas perbincangan dibuat, pihak sekolah bersetuju untuk mengubah kod pakaian seragam agar Sumaiyah masih dapat menepati tuntutan syariah.

“Selepas ibu, Surianah Rosli dan ibu yang lain berbincang dengan pengetua, beliau akhirnya membuat cadangan kepada ahli lembaga untuk menjadikan hijab dan pakaian menutup aurat sebagai sebahagian daripada pakaian seragam sekolah…”

Keputusan ibu bapanya memilih kolej baptis tersebut adalah disebabkan sekolah itu menawarkan subjek-subjek yang menarik di samping menitikberatkan disiplin, adab dan akhlak yang baik dalam kalangan pelajar.

Sumber : World Of Buzz

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending