Connect with us

WTF

Demi Memperjuangkan Cinta, Pemuda Rela Pecah Masuk Penjara Untuk Berjumpa Dengan BekasKekasih

Demi cinta terhadap kekasih hati, pastinya akan membuatkan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja. Termasuklah bertindak diluar jangkaan, yang pastinya akan tidak pernah disangkan akan dilakukan oleh orang lain.

Senario ini telah terjadi pada seorang pemuda Jerman, yang dilaporkan telah bertindak diluar jangkaan kerana terlampau mabuk dengan cinta. Dikatakan, pemuda tersebut telah di tahan oleh pihak berkuasa kerana ingin menawan kembali hati bekas kekasihnya.

Sanggup panjat dinding penjara!

Pemuda yang berusia 18 tahun ini telah tertangkap oleh pihak polis, selepas mereka menjumpainya sedang memanjat untuk memecah masuk ke dalam sebuah penjara demi memenagi kembali hati bekas teman wanitanya.

Dinding tinggi empat meter!

Remaja berkenaan dikhabarkan sanggup memanjat dinding penjara setinggi hampir empat meter, yang mengubungkan ke sel penempatan bekas teman wanitanya itu.

Nekad untuk membuktikan cinta kepada bekas kekasihnya yang juga sebaya dengannya, remaja terbabit enggan turun dan pihak bomba Vechta akhirnya terpaksa menggunakan tangga untuk menghalang perbuatannya itu.

Tidak dapat diketahui sama ada, tindakannya berjaya menambat kembali hati bekas teman wanitanya, dan paling malang sekali, dia kini berdepan dakwaan menceroboh.

Sebelum melakukan sesuatu perkara, lebih elok jika berfikir dahulu dan tidak bertindak melulu. Bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah membawa padah.

Sumber: Awani.

Continue Reading
Advertisement

Trending