Connect with us

Cute

Demi Keselamatan Rakyat, Polis Di India Kini ‘Berkepala’ Virus Corona

Wabak pandemik COVID-19 diramalkan oleh WHO akan memuncak pada pertengahan bukan April ini. Disebabkan itu, kerajaan ataupun pemerintah di setiap negara dilihat berusaha keras untuk memastikan rakyat mereka mendengar arahan untuk berkuarantin bagi mengelakkan diri dijangkiri virus berkenaan.

Negara India antara yang menjadi perhatian dunia ketika ini kerana penguatkuasanya dilaporkan sangat tegas dengan perintah berkurung ataupun berkuarantin yang dilaksanakan di negara itu.

Banyak video yang tersebar di media sosial yang memaparkan polis-polis di India sering melibas rakyat mereka yang kelihatan merayau-rayau di luar rumah.

Terbaru dilaporkan, kini pegawai polis di India terpaksa membuat dan memakai topi keledar yang kelihatan seakan-akan bentuk virus COVID-19 ini. Cara ini dilakukan sudah semestinya untuk memastikan rakyat mereka kekal duduk di dalam rumah untuk membantu negara mereka membanteras krisi COVID-19.

Sudah tentunya gambar anggota polis berkepala virus corona berkenaan tersebar meluas di laman sosial. Menurut laporan CCN, pegawai polis berkenaan dikenali sebagai Rajesh Babu yang giat menjalankan tugas sambil memakai topi keledar di sekitar Jalan Chennai.

Polis di sana terpaksa melakukan cara unik ini disebabkan rakyat mereka enggan mengikut perintah berkurung selama 21 hari dengan memberi alasan kerana tidak nampak virus berkenaan.

“Jadi saya pakai topi keledar berbentuk virus ini supaya orang tahu wabak ini akan datang ke arah mereka, sekali membuatkan orang ramai takut dengan COVID-19,” kata Rajesh Babu .

Sumber: Astro Gempak.

Continue Reading
Advertisement

Trending