Connect with us

Infozon

Demi Keselamatan Kerana Covid-19, Indonesia Tak Hantar Jemaah Haji Tahun 2021

Indonesia memutuskan untuk tidak menghantar jemaah haji untuk tahun 1442 hijrah atau 2021.

“Kerana masih pandemik (COVID-19) dan demi keselamatan jemaah, pemerintah memutuskan bahawa tahun ini tidak memberangkatkan jemaah haji Indonesia,” kata Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas dalam sidang media menerusi webinar hari ini.

Selain itu beliau berkata keputusan itu juga berikutan kerajaan Arab Saudi sehingga hari ini masih belum mengundang atau memberikan kuota serta membincangkan mengenai persiapan jemaah haji dari Indonesia.

Sebelum pandemik COVID-19, lebih 230,00 jemaah haji dari Indonesia menunaikan haji setiap tahun.

Sumber: Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending