Inspirasi
Demi Jaga 41 Ekor Kucing Terbiar, Lelaki Jepun Sanggup Tinggal Dalam Zon Pencemaran Nuklear

Dunia pernah digemparkan dengan peristiwa hitam yang melanda negara matahari terbit, Jepun apabila gempa bumi berkekuatan 9.0 skala Richter melanda timur laut negara tersebut dan mencetuskan ombak besar Tsunami pada tahun 2011 lalu.
Bukan sahaja ia telah menghancurkan seluruh bandar, ia turut meragut serama 20,000 nyawa dan menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Sama ada manusia, haiwan mahupun tumbuhan, pencemaran nuklear sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan radiasi yang menaikkan kadar kanser serta memberi kesan buruk kepada genetik jika bayi terdedah kepada radiasi sejak dalam kandungan.
Kisah seorang lelaki pencinta haiwan ini pasti membuatkan korang berasa kagum kerana dia sanggup membahayakan nyawanya sendiri demi menjaga haiwan terbiar di tempat tinggalnya yang teruk dilanda radiasi.
Ketika semua orang lari menyelamatkan diri, pemilik perniagaan pembinaan bernama Sakae Kato tidak berganjak dari rumah yang diwariskan moyangnya demi menyelamatkan semua kucing yang ditinggalkan jiran-jiran sekeliling.
Menurut lelaki berusia 57 tahun itu, dia tidak kisah tentang keselamatan dirinya dan mahu memastikan dia ada bersama haiwan-haiwan tersebut sehinggalah haiwan yang terakhir mati.
“Saya akan pastikan saya ada di sini untuk menjaga mereka semua sehinggalah haiwan yang terakhir. Selepas itu, barulah saya boleh mati,” kata Kato.
Sepanjang dia menetap di Fukushima, Kato telah menguburkan sebanyak 23 ekor kucing di kebunnya yang dipercayai mati akibat terdedah kepada radiasi pencemaran nuklear bahaya.
Secara keseluruhannya, dia sedang menjaga sebanyak 41 ekor kucing di rumahnya dan beberapa bangunan kosong di kawasan perumahannya.
Tidak terhad kepada kucing sahaja, dek kerana sifat kasih yang terlalu dalam terhadap haiwan, Kato turut menjaga dan menyelamatkan haiwan lain seperti anjing dan juga babi hutan.
Namun, apa yang lebih menyayat hati adalah segelintir haiwan masih hidup yang dijaganya menghidapi pelbagai jenis penyakit berikutan pendedahan radiasi.
Dalam pada itu, kerajaan Jepun telah melakukan pelbagai inisiatif bagi tujuan untuk menyahcemarkan kawasan kediamannya. Kini, ia dianggap cukup selamat bagi penduduk mendiami kawasan tersebut.
Setakat ini, Kato telah membelanjakan sebanyak RM28,889.00 sebulan untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang diselamatkannya.
Sumber: Reuters (Tim Kelly & Kim Kyung Hoon)

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit