Connect with us

Inspirasi

Demi Cinta, Warga Emas Sokong Pinggang Isteri Nak Tumbuk Beg Tinju

Tiada yang lebih indah dalam hidup kita apabila masih lagi berbahagia bersama orang tercinta hingga akhir usia. Diberi nikmat usia yang panjang dan masih lagi bersama orang tersayang adalah satu anugerah yang tak terhingga daripada maha kuasa.

Seharusnya cinta yang pernah disemai ketika usia muda bersama pasangan hendaklah terus dibaja walaupun usia masing-masing sudah pun melepasi separuh kehidupan.

Lakukan aktiviti riadah sama2

Menerusi satu perkongsian di Twitter yang tular sejak beberapa hari lepas, satu pasangan yang sudah berusia emas dilihat masih bergurau dan menjalani aktiviti riadah bersama-sama.

Penguna Twitter yang menggunakan nama Shafeeq itu telah memuat naik satu video wanita warga emas sedang melakukan latihan tinju sambil disokong oleh pasangannya.

Pegang pinggang isteri sebab dah tak kuat

Walaupun kedua-dua individu itu sekadar menumbuk lemah beg tinju itu, namun ia tetap kelihatan akrab dan membuatkan sesiapa pun tersenyum dengan telatah mereka.

Justeru itu, muat naik tersebut sudahpun mencapai lebih daripada 100,000 ribu perkongsian sejak dua hari lepas.

Sehubungan dengan itu, melalui posting tersebut, dapat kita pelajari bahawa usia bukan penghalang untuk kita terus menyayangi pasangan masing-masing seperti yang ditunjukkan melalui video tular itu.

Sumber : Shafeeq

Continue Reading
Advertisement

Trending