Connect with us

Inspirasi

Demi Cari Line Internet, Gadis Sabah Terpaksa Panjat Pokok Untuk Jawab ‘Exam’

Sejak semalam, seorang pelajar dari Sabah telah tular kerana menceritakan perihal kehidupannya yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkannya menjawab peperiksaan.

Pengorbanan tuntut ilmu

Veveonah Mosibin merupakan pelajar Asasi Sains sebuah IPT Awan yang juga anak kelahiran Pitas, Sabah dilihat berkhemah diatas pokok selama 24 jam selepas pondok yang dibuat diatas bukit untuk peperiksaan musnah kerana ribut.

Hal tersebut juga diulas menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Suhelmi Abdul Malik.

 

Panjat pokok duduki ujian

Dalam penulisan Suhelmi, Veveonah terpaksa memanjat pokok bagi mengambil ujian dan mengulangkaji kerana memerlukan capaian internet.

Advertisement

Hanya berbekalkan kelambu, power bank serta bungkusan makanan, dia mengagahkan diri masuk ke hutan dan bermalam seorang diri hanya untuk menjawab soalan ujian secara online.

Bawa nasi bungkus masuk hutan

Nasi bungkus yang dibawa itu juga menarik perhatian kerana boleh sahaja sekadar nasi dan lauk yang digaul bersama dikenali sebagai linopot iaitu satu makanan tradisi masyarakat di sana.

Diakahir ulasan pengguna Facebook itu, dia telah memberitahu bahawa Veveonah telah medokumentarikan perjalanan kehidupannya menerusi saluran YouTube yang pastinya memberi inspirasi kepada semua.

Tonton video di sini:

Sumber : Suhelmi Abdul Majik III, Veveonah  M

Advertisement

 

 

.

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending