Connect with us

Infozon

Demi Beras Untuk Anak2, Bapa Tebalkan Muka Keliling Kampung Jual Telefon Rosak

Pendemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini pastinya memberi kesan begitu besar buat mereka yang berpendapatan rendah.

Perkara tersebut lebih dirasai apabila sudah berkeluarga dan mempunya ramai anak yang sedang membesar. pastinya seorang ayah yang bertindak sebagai ketua keluarga terpaksa mencari solusi untuk menyuap nasi buat anak-anak yang kelaparan.

Jual telefon yang sudah rosak

Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang lelaki di Batam telah bertindak berjalan satu kampung demi menjual telefon bimbitnya yang sudah rosak untuk membeli beras.

Demi beras untuk anak2

Perkongsian tersebut juga mendapat liputan daripada akhbar disana apabila memaklumkan bahawa lelaki itu yang dikenali sebagai Ason Sopian menjual telefon rosakkanya dengan harga Rp 10 ribu iaitu kira-kira RM 2.76 untuk membeli 1 kg beras.

Sudah dibantu selepas tular

Ason Sopian mempunyai 5 orang anak dengan salah seorang daripadanya mengalami kecacatan. Mereka juga hidup menyewa di sebuah rumah di Batam.

Susulan daripada perkongsian Hotman itu, menerusi Batam News, Ason sudahpun dibantu oleh peniaga di kawasan perumahannya. Pihak berkuasa turut segera memberikan bantuan berupa makanan dan wang tunai kepada Ason sebaik dimaklumkan.

Sumber : Batam News, Hotmanparisofficial

 

Continue Reading
Advertisement

Trending