Connect with us

Inspirasi

Demi Bawa Pelancong Jalan2, Pakcik Kayuh Beca Redah Hujan Lebat

Cuaca panas terik dan hujan hebat bukan menjadi penghalang buat penarik beca untuk membawa pengunjung bersiar-siar di sekitar lokasi pelancongan.

Cuaca yang boleh mengundang bahaya nyawa di atas jalan raya itu terpaksa diendahkan demi meraih pendapatan harian.

Itu dilakukan seorang warga emas di sebuah daerah di Indonesia yang mengayuh basikal beca dalam keadaan basah akibat hujan lebat ketika membawa pengunjung ke lokasi yang ingin dituju.

Jika dilihat menerusi rakaman video, pakcik berkenaan hanya melapikkan kepalanya dengan menggunakan topi berbalut plastik bagi mengelak terkena air hujan.

Sementara menunggu lampu isyarat, beliau kelihatan membetulkan bahagian ‘bumbung’ beca tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

Keadaan tersebut mengundang perhatian pengguna Instagram yang turut tersentuh hati melihat kegigihan pakcik itu yang langsung tidak mempedulikan cuaca berkenaan dan terus mengayuh ke hadapan.

Sumber : Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending