Connect with us

WOW

Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN

kas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai cukai yang tidak dibayar sejak 2011 hingga 2017.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache hari ini membenarkan permohonan penghakiman terus LHDN dikenakan terhadap Najib.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

hmad berkata apabila notis taksiran cukai LHDN yang memerlukan pembayaran dibuat kepada lembaga itu dikeluarkan terhadap pembayar cukai, mereka perlu membayar jumlah yang dituntut, termasuk bekas perdana menteri, kerana semua orang adalah sama di sisi undang-undang.

Beliau juga berkata Najib perlu membayar jumlah yang dituntut oleh LHDN sebagai “hutang’ kepada kerajaan.

Dengan memetik satu penghakiman Mahkamah Persekutuan, hakim itu berkata peruntukan yang ditekankan oleh Mahkamah Persekutuan “bayar dahulu, bincang kemudian” walaupun keras, namun ia adalah peruntukan yang memang sengaja ditetapkan oleh perundangan, disebabkan banyak insiden mengelak bayar cukai dalam negara.

 

Bagaimanapun Najib masih boleh merayu jumlah itu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT).

Pada 25 Jun 2019, kerajaan menerusi LHDN, menyaman Ahli Parlimen Pekan itu dan menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 6 Julai lepas pula Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan permohonan LHDN untuk penghakiman terus dalam saman mereka terhadap anak lelaki Najib, Datuk Mohd Nazifuddin, yang menuntut beliau membayar RM37.6 juta tunggakan cukai dari 2011 hingga 2017.

Sumber: Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending