Inspirasi
Datuk Kesunyian Lama Tinggal Di Wad, Menangis Nampak Nenek Datang Buat Kejutan

Siapa sahaja yang tidak mahu cinta yang bahagia dan kekal di dunia hingga akhirat, betul tak? Kerana itulah yang dinamakan cinta sejati.
Kita selalu baca kisah cinta antara para Nabi dan isteri, bahkan dalam novel-novel cinta pun, semuanya mempamerkan kisah cinta sejati.
Hakikatnya, untuk menemui pasangan setia yang membawa kepada cinta sejati, adalah perkara yang agak sukar namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Begitulah seperti apa yang ditunjukkan dalam perkongsian seorang gadis ini.
Baru-baru ini, seorang gadis yang menggunakan nama @nadyarahmaan memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok berkongsi kisah tentang datuk dan neneknya yang sudah lama tidak berjumpa.
Difahamkan lagi, datuknya itu sudah seminggu dirawat di hospital dan disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, hospital perlu mengehadkan jumlah pelawat. Jadi, datuknya sudah lama tidak menerima kehadiran pelawat lain.
Namun, pada suatu hari Nadya dan ahli keluarga lain bercadang untuk membuat kejutan kepada datuknya. Mereka telah mengajak isteri datuknya turut serta menjenguk buat kali pertama selepas dimasukkan ke wad.
https://www.tiktok.com/@nanaaaaaadddddddddddd/video/6921323588062579970?_d=secCgYIASAHKAESMgowsbBkA7R%2FQ8m50%2BNRODBbPeW%2Bv34DyrNbBFyCPvzBELL19ElufS%2Bv%2Ba9kIoC6A%2BLGGgA%3D&language=en&mid=6774672702369171457&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAtMe5V_GJtC-hpOyJ-fsJlajT6jXJ3LY7OTSKXMhoH_YV5UICoUolq_UQoVm2FSny&share_app_name=tiktok&share_item_id=6921323588062579970&share_link_id=2a33f0aa-92dc-4cd5-ad8c-790aa016b419×tamp=1611746172&u_code=dg1c111efg2bc1&user_id=6904558509020906498&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&source=h5_t
Menerusi video itu, sebaik sahaja datuk melihat kelibat isterinya, warga emas itu berusaha untuk bangkit dari katil dan kedua-duanya saling berpelukan seerat-eratnya, seakan sudah lama tidak merasakan kehadiran masing-masing.
Malah, datuk kelihatan begitu sedih dan hampir menangis sebak apabila mengetahui kehadiran isterinya di sisi.
Selepas itu, bila nenek duduk di sebelah datuk, datuk terus mengajak isterinya berbual. Dia terus menjadi rancak berbicara. Mungkin ingin berkongsi tentang segala perasaan dan pengalaman sepanjang berada di wad tanpa kehadiran nenek.
Mana tidaknya, setelah sekian lama hidup bersama, tiba-tiba mereka tidak dapat bertemu dan terpaksa berjauhan selama seminggu, Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan kedua pasangan suami isteri ini.
Ya lah, lagipun selama ini isteri lah menjadi tempat mengadu bagi seorang suami, meluahkan perasan gembira, sakit pening semua. Kan?
Isteri lah orang pertama dan yang menjadi peneman setia mendengar segala curahan hati, melayan kerenah suami, menjaga di saat sakit sehinggalah sembuh dan sebagainya.
Tambahan pula dalam keadaan berseorangan sebegitu, sudah tentu datuk cukup merindui belaian kasih daripada isterinya lebih-lebih lagi sudah bertahun-tahun mereka berdua berkongsi pahit getir, suka duka hidup bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu dengan gelagat pasangan bahagia berkenaan yang disifatkan sebagai cinta sejati, dan tidak lupa mendoakan kesihatan mereka.
Tisu mana tisu. Sebak!
Mashaa Allah, semoga mereka sihat sentiasa
Pasangan Romeo dan Juliet!
Allahu, sungguh hebat cinta dan kasih sayang antara mereka. Sungguh, datuk dan nenek sangat bertuah kerana mereka telah menemui cinta sejati dalam diri masing-masing. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga syurga. Aamiiinnn!
Sumber: TikTok @nadyarahmaan

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit