Connect with us

Cute

Datuk Menangis Setiap Kali Ditinggal Cucu Untuk Balik Ke Bandar

Sudah menjadi lumrah apabila warga emas yang bergelar datuk dan nenek akan menyayangi cucu mereka lebih daripada anak sendiri.

Walau bagaimanapun, itu bukan bermaksud mereka tidak menyayangi anak sendiri cuma langkah dan pendekatan yang digunakan itu adalah berbeza.

Datuk menangis bila cucu balik Shah Alam

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ngehngehngeh telah berkongsi sebuah posting berkenaan datuknya yang menangis apabila dirinya hendak pulang ke Shah Alam.

Menerusi posting tersebut, gadis itu berkata datuknya semakin sensitif sejak semakin lanjut usia mala dia akan menangis apabila cucunya mahu pulang ke kota semula.

Bagi mereka yang masih mempunyai datuk dan nenek, pasti merasai perkara sebegini setelah mempunyai hubungan yang rapat walaupun tinggal berasingan.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan ramai diantara mereka yang meluahkan rasa rindu terhadap datuk dan nenek masing-masing.

Namun begitu, untuk mereka yang telah kehilangan datuk dan nenek pasti akan merindui detik-detik bersama mereka sewaktu dahulu.

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending