Connect with us

Inspirasi

Dari Juruteknik Ke Pilot, Lelaki ‘Lompat2’ Kerja Berjaya Buka Syarikat Sendiri

Memiliki segalanya ketika diusia muda pasti menjadi impian setiap insan. Namun begitu, cabaran dalam mendapatkan kehidupan yang baik bukanlah semudah yang disangka.

Berbekalkan sijil Diploma

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Aswan Khamis, dia telah melakukan pelbagai pekerjaan sebelum berjaya membuka syarikat sendiri hasil usahanya selama ini.

Menurut Aswan, dia bermula dengan seorang graduan diploma Mekanikal dari Politeknik Johor Bahru yang kemudiannya bertugas sebagai  Pegawai penyiasat kebakaran.

Pindah2 kerja

Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut berjaya menjadi seorang juruterbang di Jabatan Bomba Malaysia dan kemudiannya berhenti kerja bagi berkhidmat sebagai juruterbang Offshore di Weststar Aviation.

Teruslan berusaha

Aswan tidak hanya selesa dengan satu perkara apabila mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat berkaitan perkhimdmatan keselamatan dna pastinya menjadi kemuncak kepada ‘pembinaan’ kerjayanya selama ini.

Advertisement

Justeru itu, diakhir coretan perkongsian tersebut, dia telah memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang berada dalam kegusaran berkaitan pekerjaan agar tidak putus asa dan menjadikan kisah hidupnya sebagai satu panduan untuk terus bangkit berusaha.

Sumber : Aswan Khamis

Continue Reading
Advertisement

Trending