Connect with us

WTF

Dapat Wahyu Dari Mimpi, Pemuda India 4 Tahun Bertuhankan Donald Trump

Disebabkan dunia ini terlalu luas dan banyak penduduknya di muka bumi ini, perkara yang aneh pastinya akan berlaku tanpa dijangka.

Seorang lelaki dari negara India, dikatakan telah menjadikan Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump sebagai tuhannya. Hal ini telah diamalkan olehnya lelaki yang bernama Krishna, berusia 37 tahun sejak empat tahun yang lalu.

Dia bertuhankan Donald Trump selepas menerima wahyu menerusi mimpinya. Sejak dari itu, lelaki ini mengupah 15 pekerja buruh binaan untuk membantunya membuat patung khas setinggi enam kaki di rumahnya di selatan Telangana.

Malah dia juga dikatakan memupunyai patung Trump yang diukir sendiri dan diletakkan di sebuah kuil di halaman rumahnya. Perasaannya lebih bertambah kuat untuk menyembah Trump selepas berlakunya insiden pembunuhan seorang jurutera perisian di Telangana oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.

 

Cintanya terhadap Trump berubah menjadi satu penghorta saya kepadanya telah berubah menjadi penghormatan. Krishna juga menyatakan bahawa yang pada setiap hari Jumaat, dia akan berpuasa untuk tuhan Trump. Malah, sebelum memulakan pekerjaan, dia akan berdoa dan membawa gambar tuhannya itu.

Krishna, yang tinggal bersendirian, kini dikenali sebagai Trump Krishna, dan rumahnya dipanggil Trump House. Secara asasnya, dia berdoa kepada Trumpa agar kuasa rohaninya akan mencapai Presiden AS dan meyakinkannya tentang cinta serta kasih sayang yang dimiliki orang India untuknya.

Trump dilaporkan akan melakukan lawatan rasmi di India dan Krishna mengatakan dia begitu teruja untuk bertemu tuhannya itu. Dia juga turut memohon kepada kerajaan India untuk bertemu dengan Trump.

 

Walaupun perlakukan ini sangat pelik, penduduk sekeliling tidak memulaukannya malah menghargai perkara yang dilakukan oleh Krishna ini.

Sumber: The Vocket.

Continue Reading
Advertisement

Trending