Infozon
Dalam Masa Sejam, Hotel Di Langkawi Pecah Rekod Terima 1,000 Tempahan

Selepas kerajaan mengumumkan kebenaran pergerakkan rentas negeri bermula 10 Jun 2020 dibenarkan, sektor perhotelan di Langkawi telahpun menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik.
Rancakkan kembali sektor pelancongan
Menerusi sumber Astro Awani, Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir menyifatkan perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan impak pandemik Covid-19.
Dalam sejam 1,000 dah ditempah
Tambahnya pagi, selepas jam 4 petang sehingga 4.45 petang selepas perutusan khas perdana Menteri, hotel-hotel di pulau tersebut telah dihujani dengan tempahan lebih kurang 1,000 dalam masa sejam sahaja.
“Untuk makluman juga, pada jam 4 petang sehingga 4:45 petang tadi kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.
“Ini adalah rekod, semua hotel-hotel kita telah menerima 1,000 tempahan daripada semua pelancong domestik yang hendak ke Langkawi.”
Ada fasiliti yang perlu dibincangkan
Namun begitu, masih ada beberapa perkara yang perlu diambil selidik seperti fasiliti-fasiliti yang boleh dan tidak boleh digunakan sekiranya hotel-hotel menerima semula pengunjung.
Hal ini kerana pihak kerajaan masih belum memperincikan perihal tersebut memerlukan pihak hotel mengambil kira semua perkara itu.
Walau bagaimanapun, pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi masih belum dibuka kepada umum.
Sumber : Astro Awani

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit