Connect with us

WOW

Dah Tak Campak-campak Barang, Aksi Cermat Pekerja J&T Dipuji Netizen

Baru-baru ini seorang pengguna Tiktok telah berkongsi sebuah video yang dirakam dari biliknya. Disebabkan masih dalam tempoh kuarantin, dia hanya boleh melihat pihak kurier menghantar bungkusan tanpa menerimanya secara bersemuka di luar rumah.

@kerepekhijauDia sorang je ke gini 😡☕️##foryoupage ##fypシ ##foryou ##shopeecheck ##delivery ##malaysia ##fypdongggggggg ##trending ##vampireoc♬ original sound – Sarah Cothran

Kerja ikhlas, pendapatan berkat

Dalam video tersebut, pekerja kurier dilihat meletakkan barang secara satu persatu tanpa mencampakkannya ke dalam kawasan rumah. Walaupun bungkusan itu kecil dan ringan, namun ianya tetap diletakkan dengan cermat serta disusun dengan elok.

Sikapnya yang berhati-hati itu mencuri tumpuan netizen yang kebanyakannya memuji dan mendoakan pekerja itu dimurahkan rezeki.

Bungkusan dicampak ke rumah jiran sebelah

Berdasarkan daripada baju yang dipakainya, pekerja kurier dari syarikat J&T itu ternyata disenangi netizen.

Terdapat beberapa orang netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang kebiasaannya bungkusan akan dicampak ke halaman rumah.

Advertisement

Sumber: Tiktok @kerepekhijau

Continue Reading
Advertisement

Trending