Connect with us

Infozon

“Dah rembat pastu tak mengaku…” Guna Aplikasi ni, Lelaki Berjaya Jumpa Kembali Telefonnya yang Hilang

Pengalaman kehilangan telefon pintar memang pahit dan hanya mereka yang pernah melaluinya saja yang akan faham. Sampai ada yang tidak boleh move-on sehinggakan menyalahkan takdir dan ada pula yang sampai menyalahkan diri sendiri akibat kecuaian mereka.

Namun, dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, ramai yang tidak tahu peluang untuk menjumpai kembali telefon pintar mereka yang hilang itu semakin cerah berbanding dengan sebelum ini.

Begitulah bertuahnya nasib seorang lelaki setelah beliau berjaya menemui kembali telefon pintar kesayangan isterinya yang telah dihilang selepas berkunjung di sebuah restoran makan segara baru-baru ini. Lebih mengagumkan lagi setelah telefon itu dijumpai dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Kisahnya semalam lepas bawak anak bini lunch di Marrybrown pasaraya TF Sungai Siput. Anak pon ajak la main sekejap kat pusat game kanak2 depan tu..

Nak jadi cerita wife pon tertinggal phone kat situ.. Dah balik baru tersedar.. Then bila pegi balik cari.. Dah takde..

Saya tnya kaunter servis, kaunter pusat game dan kaunter Marrybrown semua cakap takde jumpa.. Then sy perasan ada cctv kat area pusat game tu.. Apa lagi.. Mintak tolong staff situ replay pada masa kejadian dan memang ada makhluk yg ambil kesempatan atas kecuaian saya  ?.

Dengan nasihat sorg kawan utk guna google, sy trace phone tu dan dapat lokasi rumah.. Dapat lokasi kedai phone jugak.. (tempat2 yg pelaku stop beberapa ketika)

Alhamdulillah harini dah dapat semula phone tu atas bantuan pihak polis. Pelaku mengaku tak bersalah walau dah jual kat kedai. But its ok.. As long as phone tu masih dalam keadaan asal. (Malas nk panjangkan hal)

So apa sy buat untuk trace semula handphone ni maybe boleh sama2 jadi panduan.

1. Call semula phone yg hilang tu 2 ke 3 kali jarak masa yg berlainan. ( In case orang yg ambil tu tunggu untuk pulangkan). Dalam kes sy ni dia cancel call sy.

2. Trace handphone guna apps life360. Atau kalau xde install macam sy.. Boleh ke link bawah ni.

https://myaccount.google.com/find-your-phone

Penerangan pada setiap gambar di bawah mcm mana nk guna link tu ya.

3. Rekod atau screen shot tempat2 penting yg dia pergi. Dalam kes sy ni.. Sy ikut dan waze ke tempat2 dia pergi tu.. Dia balik rumah dan ke kedai phone  ?.

4. Report polis maklumat2 yg ada dah dapat kat atas tadi. Seperti yg sy tegaskan, involve polis lebih secure.. Bukan untuk suruh polis tangkap dan humban si pelaku masuk penjara ye  ?.

In syaa Allah, kalau ada rezeki boleh dapat semula handphone yg hilang tu..

Langkah 1

Lepas je klik link

https:// myaccount.google.com/ find-your-phone

Terus keluar paparan macam ni.. Boleh open di phone lain atau pon di desktop. Kat sini akan terpapar lokasi mana sahaja email kita tu di login. So just klik pada phone kita yg hilang tu..

Langkah 2

Login email yg digunakan pada phone yg hilang tu.

Langkah 3

Pilih locate untuk ke paparan seterusnya.

Langkah 4

Paparan ni keluar lepas klik pada locate. Ada map di bahagian atas.. Map ni di pin betul2 atas lokasi semasa tau.. Accurate..

Langkah 5

Jika klik pada “SECURE DEVICE” pulak, akan keluar paparan macam ni.. Kita boleh set message pada screen dan letakkan no fon alternative untuk dihubungi.

Langkah 6

Ni la rupa paparan “SECURE DEVICE”, screen akan auto lock dan akan keluar paparan macam ni everytime dia cuba nk unlock screen.

Langkah 7

Klik pada bahagian “PLAY SOUND”.. Hand phone yg diambil tu akan berbunyi selama 5 minit walau pon dah di silent oleh si pelaku.

Sumber : Hafiz Azizan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending