WOW
Tak Sanggup Berpisah, Unta Dah Dijual Berjalan 100 KM Nak Balik Pada Tuan Asal

Kasih sayang ini bukan hanya terbatas untuk kita sebagai insan, malah haiwan juga dikurniakan sifat berkasih dan sayang terhadap makhluk lain.
Seperti kisah seekor unta ini yang sanggup menempuh perjalanan sejauh 100 kilometer melalui padang pasir untuk kembali kepada bekas pemiliknya selepas lapan bulan dijual.
Berjalan 100 KM cari tuan asal
Unta tersebut berasal dari Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China Utara, dilihat berjalan sendirian sebelum dijumpai oleh seorang penggembala lain.
Pengembala itulah bertindak menjaga unta tersebut kerana mengalami kecederaan ketika dalam perjalanan, berhasrat membantu haiwan itu kembali kepada tuan asalnya.
Nak ambil semula
Difahamkan, pemilik unta tersebut telah datang mengambil haiwan itu, namun selepas bekas pemiliknya mengetahui pahit getir yang dilalui haiwan untuk kembali, mereka berhasrat mahu membeli semula unta itu.
“Kami menghubungi pembeli dan memutuskan untuk menggantikan unta itu dengan unta betina berusia tiga tahun. Setelah kami mendapatkannya semula, saya tertekan setelah mendapati bahawa terdapat banyak kesan luka di badannya yang mungkin dialami semasa berjalan di padang pasi…”
Tak akan jual lagi
Bekas pemilik unta itu yang dikenali, Temur dan isterinya menjual haiwan itu kepada petani lain pada Oktober 2019. Lelaki itu membawanya pulang ke rumah sejauh 100 kilometer dari situ dan membesarkan ia di kampung halamannya.
“Bila kami mendengar mengenai berita itu, kami ingin membawanya kembali namun pemiliknya sekarang telah menangkapnya kembali dan membawa ke tempatnya…”
Temur berkata, dia dan suaminya tidak akan menjual lagi unta tersebut kepada sesiapa pun.
Sumber : Oddity Central

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit