Connect with us

WTF

Dah Lengkap 2 Dos Tapi Tak Cukup 14 Hari, Lelaki Tak Puas Hati Dihalang Dari Masuk Kedai

Di Twitter, sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi itu, Penglipur Lara telah menimbulkan perdebatan dan kecaman daripada netizen.

Video yang tidak diketahui siapakah pemilik asalnya itu menunjukkan perbualan di antara seorang pelanggan dan pekerja Harvey Norman, cawangan AEON Bukit Tinggi.

Pelanggan itu mempersoalkan kenapa pekerja yang hanya mempunyai satu dos dibenarkan untuk bekerja sedangkan pengunjung yang masih belum mendapatkan 2 dos vaksin tidak dibenarkan masuk ke kedai. Hal ini menyebabkan pelanggan lelaki itu tidak berpuas hati.

Advertisement

Nada suara lelaki itu yang tinggi itu telah mengundang kemarahan netizen. Mereka berang dengan tindakan lelaki itu yang memarahi pekerja sedangkan peraturan itu telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

 

Pekerja kena buat swab test

Disebabkan itu netizen telah meluahkan rasa geram dan kesal di ruangan komen. Terdapat beberapa netizen yang cuba menjelaskan bahawa sesetengah pekerja dikehendaki melakukan swab test sebelum masuk kerja walaupun masih belum mendapat dos kedua.

Customer dari neraka

Ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang mengecam tindakan lelaki tersebut. Perkara itu sepatutnya boleh difikir sendiri tanpa perlu menimbulkan perbalahan yang akhirnya akan memalukan diri sendiri.

Advertisement

Sumber: Twitter @Tok_Tek

Continue Reading
Advertisement

Trending