Connect with us

Inspirasi

Curi Makan Buah Tembikai Masa Kerja, Aksi Kelaparan Lelaki Tua Ini Bikin Sebak

Mari renung sejenak, dalam hidup ini walaupun kita diberi rezeki yang cukup seperti tempat tinggal, makanan dan sebagainya, kadang-kala kita masih lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan itu.

Kita sentiasa bandingkan hidup kita dengan orang lain, terutamanya dari segi apa yang ‘kurang’. Misalnya, kita lihat kawan kita selalu makan makanan mahal dari hotel bertaraf lima bintang atau hari-hari lepak di kafe¬†hipster.¬†

Mulalah perasaan tidak puas hati bercambah dalam hati, walhal, makan, pakaian kita semua cukup. Cuma mungkin tidak semegah kawan-kawan yang dibandingkan berkenaan.

Nah, apabila menonton video yang dimuat naik oleh akaun laman Instagram ini, mesti korang akan rasa sebak kerana dalam dunia ni ada juga manusia yang terlalu lapar sehingga terpaksa makan secara ‘curi-curi’.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki tua sedang makan sepotong buah tembikai sewaktu bekerja secara ‘sorok-sorok’ dipercayai kerana terlalu lapar.

Sewaktu menyedari perbuatannya dirakam oleh seseorang, sepantas kilat dia menyembunyikan potongan tembikai yang sudah dimakan di belakangnya kemungkinan bimbang jika diketahui oleh majikannya.

Namun begitu, walaupun hanya sempat menjamah sepotong tembikai, lelaki tua itu masih mampu tersenyum gembira setelah dapat mengalas perutnya yang kosong. Kalau kita? Mungkin masih mengeluh sebab… Mana cukup sepotong tembikai untuk hilang rasa lapar, kan?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bersimpati terhadap lelaki tua itu dan mendoakan kesihatannya.

Tak sanggup nak tengok

Moga sihat selalu

Kesiannya Ya Allah

Sedihnya… Syukurlah kita masih diberikan rezeki untuk pilih makanan yang kita mahu dan makan di mana-mana sahaja tanpa sembunyi.

Sumber: Instagram @makassar_iinfo

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending