Cute
Cuak Bila Diminta Ibu Bagi Menantu Sempena Birthday, Gadis Ini Rela Belikan Kereta Sebagai Hadiah

“Birthday tahun ini mak nak hadiah apa?”
“Nak kereta”
“Betul-betul lah mak”
“Nak menantu”
Mendengar permintaan yang kedua itu, seorang anak tekad membelikan sebuah kereta untuk ibunya sempena ulang tahun kelahirannya. Sebuah kereta Proton Saga dihantar terus ke rumah demi memenuhi pemintaan ibunya itu.
Ternyata sebuah video yang menunjukkan perbualan pendek antara ibu dan anak ini berjaya mencuri perhatian netizen yang mana masing-masing meninggalkan komen dengan membuat andaian sendiri.
@deroxannaMy syurga.. ##birthdaypresent ##Jus♬ original sound – Mon chèri
Terciduk terus bila sebut calon menantu
Tindakan gadis itu yang terus menunaikan permintaan pertama ibunya iaitu sebuah kereta ternyata mencuit hati netizen yang rata-rata menganggap gadis itu lebih rela membeli kereta daripada mencari seorang calon menantu.
Kereta dapat, mana menantunya?
Yang penting si ibu kelihatan sangat gembira dengan kereta baru yang diterimanya malah siap berposing sakan dengan Proton Saga itu. Walau bagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada permintaan keduanya itu akan ditunaikan atau tidak.
Entah-entah driver tu calon menantu
Beberapa netizen turut meninggalkan komen bernada gurauan dan mengandaikan pemandu yang membawa kereta itu sebagai calon menantu.
Sumber: TikTok @deroxanna

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit