Connect with us

Infozon

Cristiano Ronaldo Dilapor Kini Miliki Cucu, Anak Angkat Timang Bayi Perempuan

Pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo secara tidak langsung telah bergelar datuk apabila anak angkatnya Martunis Ronaldo sudah menimang cahaya mata sulung pada 23 April lalu, lapor Tribun News.

https://www.instagram.com/p/CPS9juRrgzf/

Menerusi laman Instagram, Martunis berasal dari Aceh memuat naik sekeping foto bayi perempuannya yang ‘bergambar’ dengan bintang kelab bola sepak Juventus itu sehingga meraih hampir 10,000 tanda suka.

https://www.instagram.com/p/COTkRnjrZN2/

“Bergambar dengan idola @cristiano ya nak, semoga nanti boleh bergambar secara realiti. Amin,” tulis lelaki berusia 24 tahun itu.

Rata-rata pengikut memuji kecomelan bayi perempuan tersebut dan bertanya jika bintang berusia 36 tahun itu sudah mengetahui mengenai kelahiran cucunya.

Advertisement

Untuk makluman, Martunis yang juga bekas pemain Kelab Sporting U19 itu bertemu Ronaldo ketika berusia tujuh tahun selepas menjadi salah satu mangsa bencana tsunami yang melanda Indonesia pada 2004, lapor Bolasport.com.

https://www.instagram.com/p/CIKcNYBLslg/

https://www.instagram.com/p/CK6RKgrr9K-/

Difahamkan sewaktu kejadian, dia yang terselamat memakai jersi pasukan Portugal bernama Rui Costa sehingga menarik perhatian Ronaldo untuk bertemu Martunis beberapa kali selain menanggung pembiayaan pengajian ketika itu.

Sumber: Tribun News , Instagram Martunis Ronaldo , Bolasport.com

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending