Connect with us

WTF

COVID-19: Ramai Mendidih Darah Tengok Insan2 Syok Berbasikal Pada Waktu Genting!

Kerajaan telah melakukan beberapa pelaksanaan bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 ini terputus dan tidak merebak dengan skala yang besar. Oleh itu, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020.

Tetapi, segelintir rakyat Malaysia dilihat masih lagi bebas berkeliaran serta dilihat tidak endah dengan PKP yang telah ditetapkan. Oleh itu, kerajaan telah mengarahkan untuk memperketatkan kawalan dan juga mengenakan tindakan kepada mereka yang masih berdegil!

Kenapa masih seronok berbasikal ni?

Hari ini di Twitter, seorang pemuda telah berkongsikan beberapa keping gambar yang pastinya mencetuskan kemarahan orang ramai apabila melihatnya.

Gamber tersebut telah memaparkan beberapa orang yang dilihat ditahan pihak berkuasa kerana berkeliaran ketika PKP ini dilaksanakan.

Menjadi kemarahan orang ramai, kebanyakan mereka yang ditahan ini dilihat berbasikal ibarat bersiar-siar dipetang hari.

“Kurung mereka semua dengan basikal2 sekali…”

Sudah tentunya, kedegilan  segeintir golongan ini menaikan kemarahan orang ramai kerana masih lagi mementingkan diri sendiri dan tidak endah dengan musibah yang melanda negara saat ini.

Ramai betul yang nampak geram…

Dah masuk 2 minggu, takkan tak tahu?

Rampas je basikal, nanti pulang balik

“Tangkap, letak dalam lokap…”

“Semua orang Malaysia ke? Tak reti bahasa?”

Demi kesenangan semua peringkat golongan sepanjang PKP ini dilaksanakan, kerajaan dilihat telah menyediakan pelbagai bantuan demi kesenangan rakyat sepanjang tempoh PKP ini berjalan.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending