Inspirasi
Covid-19: Rakan Puji Kehebatan Dr Noor Hisham, Sedih Dengan Negara Sendiri

Tidak perlu dinafikan lagi kejayaan Malaysia dalam mengawal penularan wabak COVID-19. Pemimpin dan rakyat sentiasa berganding bahu bagi memutuskan rantaian pandemik tersebut sehingga meraih pelbagai pujian masyarakat luar.
Terbaru, seorang pakar bedah endokrin Australia/New Zealand iaitu Dr Julie Miller berkongsi sebuah posting di Facebook miliknya yang membuat penghargaan untuk Malaysia terutama terhadap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Kisah dua negara: Malaysia adalah contoh terhadap yang berlaku apabila pemimpin mendengar pandangan sains dan rakyat mematuhi serta menyokong kepemimpinan mereka.
Rakan sejawat saya, pakar bedah endokrin Dr Hisham Abdullah, adalah Ketua Pengarah Kesihatan di Malaysia dan telah bertindak terhadap pandemik mereka.
Dia membuat keputusan sukar pada mulanya, malah sebelum Malaysia merekod kes pertama. Pengawalan ketat sempadan, saringan, mengesan (kontak rapat) dan isolasi, menyampaikan mesej dengan jelas dan konsisten, sidang media harian, bukti serta keputusan berdasarkan fakta.
Dia bekerja siang dan malam sejak Januari. Pegawai terpilih telah mendengar dan melaksanakan nasihatnya. Orang ramai telah mematuhi jarak sosial, mencuci tangan dan memakai topeng muka.
Hasilnya, Malaysia sebuah negara Asia berbilang bangsa dan populasi yang padat telah melakukan dengan baik, dan Dr Noor Hisham diangkat sebagai hero negara. Sains, bukan politik.
Sementara itu, Dr Fauci (Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional) menerima ancaman bunuh. Dan lihatlah AS. Saya berbangga dengan kebijaksanaan dan kerja keras Dr Noor Hisham serta pasukannya, dan sangat sedih dengan negara saya sendiri.
Sumber : Dr Julie Miller

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit