Connect with us

Inspirasi

Covid-19 Menular, Cristiano Ronaldo Tawar Hotel Mewah Milik Peribadi Jadi Hospital

Siapa yang tidak mengenai penyerang bola sepak antarabangsa terkenal Cristiano Ronaldo yang sememangnya diminati ramai peminat seluruh dunia.

Baru-baru  ini, Cristiano Ronaldo telah diminta untuk dikuarantin ekoran daripada rakan sepasukan di Jevantus positif Covid-19.

Dia juga dilaporkan menjalani kuarantin di sebuah pulau mewah bersama keluarganya.

Tawar hotel jadi hospital

Susulan daripada itu, pemain ternama tersebut telah memaklumkan bahawa akan menjadikan hotel miliknya sebagai hospital bagi menempatkan para pesakit yang positif Covid-19.

Menerusi Harian Metro, Cristiano Ronaldo  menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan wabak penyakit itu.

Demi kemanusiaan

Dalam kenyataannya pada dua hari lepas, dia juga ada bercakap mengenai kemanusiaan berkaitan wabak Covid-19 dan berharap agar isu ini dapat dibanteras.

Selain itu juga, Cristiano turut memberitahu akan memberikan elaun kepada petugas kesihatan yang merawat pesakit di hotel miliknya.

Sehubungan deng pendedahan tersebut, kerajaan Portugas berasa begitu teruja dengan kebaikkan yang ditunjukkan kepad pemain bola sepak itu.

Mereka juga menggesa agar selebriti tempatan turut sama mengikut langkah yang dilakukan Cristiano bagi membantu membendung Covid-19 dari menular.

Sumber : Harian Metro, Cristiano Ronaldo

Continue Reading
Advertisement

Trending