Infozon
COVID-19: Lagi Varian Baharu Dikesan Di Indonesia, Dipercayai Dari Malaysia

Satu lagi varian baharu COVID-19 dikesan di Indonesia, iaitu B1525, dipercayai dari Malaysia selepas seorang warganegara Indonesia yang kembali ke negara itu disahkan positif.
Jurucakap Vaksinasi Covid-19 Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmizi dipetik media tempatan berkata, varian itu ditemukan di Batam, Kepulauan Riau, terhadap seorang pesakit yang kembali dari Malaysia pada Febuari lepas.
“Satu spesimen pada Februari, dari PMI (pekerja Migran Indonesia) Malaysia, didapati varian baharu, pesakit itu telah menjalani kuarantin dan rawatan, dan telah sembuh,” katanya.
Siti Nadia berkata, penyelidikan awal mendapati varian virus B1525 itu bukan mutasi dari varian virus COVID-19 seperti B117 dan E484K, tetapi varian virus yang tersendiri.
Setakat hari ini, Indonesia mencatatkan 1,599,763 kes positif COVID-19, dengan 5,041 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 1,450,192 kes positif dinyatakan sembuh, manakala sebanyak 43,328 orang meninggal dunia akibat virus itu.
Sumber: Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit