Connect with us

Inspirasi

Dah Dilarang, Lelaki Tua Ini Tetap Tekad Jaga Sendiri Isteri Dijangkiti Coronavirus

Sepertimana yang korang tahu, wabak Koronavirus kini sedang melanda di beberapa negara membuatkan netizen berasa takut nak keluar dari rumah kerana wabak itu boleh menyerang sesiapa sahaja dan boleh membawa maut.

Sedang ramai yang mengelak mahu berjumpa dengan pesakit yang dijankiti virus, namun seorang lelaki warga emas ini tetap merawat dan menjaga isterinya menghidap Koronavirus.

Mahu suami yang jaga

Pasangan warga emas itu ditempatkan di dalam satu hospital tetapi berlainan bilik, justeru si isteri tidak mahu jururawat yang menyuapkan makan dan hanya mahukan suaminya.

Oleh itu, si suami meskipun sudah terlalu uzur, tetap gigih menuruti segala permintaan isterinya dengan penuh rasa kasih sayang.

Aksi warga emas itu menyuapkan makanan ke mulut isterinya telah mengundang rasa sebak ramai, sebelum ada yang merakam momen tersebut dan menjadi viral.

Sumber : World Of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending