Connect with us

WTF

Cinta ‘Mak Nyah’ Kecundang, Disamun & Dibelasah Lelaki Bangladesh Kenalan MiChat

Niat mahu berkenalan dengan jejaka dari Bangladesh bertukar tragedi apabila seorang lelaki berperwatakan dan berpakaian wanita telah menjadi mangsa samun kenalannya menerusi aplikasi MiChat.

Kejadian berlaku di Kampung Gambut, Punggai, Pengerang, semalam. Mangsa, yang berusia 17 tahun mula berkenalan dengan suspek menerusi aplikasi sembang sosial MiChat sebelum bertemu suspek dengan rela hati.

Pada awalnya, suspek berusia 30-an telah mengajak mangsa menemaninya membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di Bandar Penawar.

Pondan dipukul & disamun

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, mangsa disamun di tepi jalan Kampung Gambut menyebabkan kerugian lebih RM200 termasuk wang tunai dan telefon bimbit.

“Mangsa turut mengalami kecederaan di tangan kiri dan kaki kanan akibat dipukul suspek….”

Bukan kes rogol

Pihak polis juga menafikan dakwaan yang memaparkan gambar mangsa yang dikatakan diculik dan cubaan rogol, memandangkan mangsa adalah berjantina lelaki.

https://www.facebook.com/eryzal.erry/videos/3214312175288916/

Polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shukor Ismail di nombor 011-10823779.

Sumber : Harian Metro & Eryzal Edry

Continue Reading
Advertisement

Trending