Connect with us

Cute

Cik B Beri Jambakan Bunga Hiasan, Reaksi Dato’ Seri Vida Buat Ramai Kagum

10 Mei merupakan tarikh rasmi bagi Hari Ibu dan sudah semestinya sangat bermakna bagi para wanita terutamanya yang sudah bergelar seorang emak. Anak-anak kebiasaannya mengambil peluang menggunakan hari istimewa ini untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu tersayang.

Pelbagai majlis kecil, sambutan, ucapan serta kejutan yang dilakukan oleh anak-anak untuk meraikan ibu mereka pada hari istimewa ini. Namun, membuat dan melihat ibu tersenyum kegembiraan adalah kebahagian abadi buat anak-anak yang akan dikenang sepanjang hidup.

 “Cik B amik bunga kat pasu rumah…”

Semalam, Cik B anak perempuan kepada pengasas kosmetik, Dato’ Seri Vida telah berjaya meraih perhatian ramai dengan video berdurasi 1 minit yang dimuat naik di laman Twitter.

Video tersebut telah memaparkan Cik B, membuat jambakan bunga untuk diberikan kepada ibunya sempena Hari Ibu.

Menarik perhatian ramai, Cik B pada awalnya mahu membuatkan namun akibat kekangan yang tak dapat dielakkan dia telah menukar idea tersebut dan membuat jambakan bunga.

Paling membuatkan ramai geli hati apabila bunga-bunga tersebut diambil dari pasu hiasan di dalam rumahnya sahaja.

“Ni bunga mama ni…”

Ramai yang sangat terhibur dengan gelagat dua beranak ini terutamanya semasa Cik B menyerahkan jambakan bunga tersebut kepada Dato’ Vida. Tetapi, ramai yang dilihat merasa kagum terhadap reaksi Dato’ Seri Vida walaupun dia mengetahui bahawa pemberian tersebut adalah bunga dari pasu hiasannya.

“DSV punya reaksi ikhlas teruk”

“Kalau mak aku ni, mati dah wei…”

“Pandai guna sumber yang sedia ada…”

Kepada ibu-ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu! Jasa dan pengorbanan anda sungguh berharga buat anak-anak.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending