Connect with us

Infozon

China Semakin Ditekan, Kini Giliran Jepun Pula Berhimpun Kecam Penindasan Uighur

Selepas tersebarnya perilaku jahat komunis China dalam menindas etnik Uighur di Xinjiang, satu demi satu sokongan telah diterima oleh masyarakat dunia.

Pada awalnya, selebriti-selebriti terkenal antarabangsa telah tampil memepersoalkan mengapa dunia hanya berdiam diri sepanjang penindasan yang dilakukan China terhadap etnik minoriti beragama Islam itu.

Berhimpun sokong Uighur

Selepas isu tersebut tular, nampaknya beberapa buah negara telah tampil memberikan sokongan dengan melakukan perhimpunan membantah penindasan yang berlaku. Antaranya ialah Turki, Hong Kong dan juga Indonesia.

Kali ini, Jepun juga telah melakukan perkara sama dengan melakukan perhimpunan menolak Uighur diperlakukan dengan kejam oleh komunis China.

Telah melakukan bantahan sejak beberapa tahun dulu

Sebenarnya, Jepun juga pernah mengadakan perhimpunan menolak kelakuan kejam terhadap Uighur ini sejak beberapa tahun yang sudah. Hal tersebut berikutan terdapat etnik Uighur yang tinggal di Jepun walaupun bilangannya tidak begitu ramai seperti di China.

Tindakan Jepun dan negara-negara lain itu boleh disifatkan berani kerana sebelum ini penindasan yang terjadi kepada Etnik Uiyghur kurang mendapat perhatian berikutan tidak didedahkan kepada dunia.

Etnik yang beragama Islam ini semakin menderita di tanah sendiri ekoran daripada kekejaman komunis China terhadap mereka. Jadi, bantahan demi bantahan sedikit sebanyak mampu memberi tamparan kepada mereka kerana dunia mulai bersuara diatas kekejaman yang berlaku.

 

Sumber : Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending