Connect with us

Infozon

China Hantar Tambahan Bekalan Vaksin COVID-19 Sinovac Ke Filipina

China menghantar tambahan vaksin COVID-19 Sinovac CoronaVac ke Filipina, semalam.

“Penghantaran terbaharu itu adalah kumpulan keempat yang dihantar bulan ini,” kata Ketua Program COVID-19 Kerajaan, Carlito Galvez, dalam satu kenyataan.

Galvez dan Setiausaha Kesihatan Fancisco Duque menerima bekalan vaksin itu di lapangan terbang Manila.

Negara pertama hantar vaksin ke Filipina

China adalah negara pertama menghantar vaksin COVID-19 ke Filipina, dengan kumpulan pertama pada 28 Februari lalu, membolehkan negara itu memulakan program vaksinasi pada 1 Mac.

Jabatan Kesihatan telah menyuntik lebih 8.4 juta dos vaksin COVID-19, terutamanya kepada kesihatan barisan hadapan, warga emas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit.

Filipina sasar 70 juta penduduk divaksin tahun ini

Setakat ini lebih 2.1 juta rakyat Filipina telah lengkap divaksin. Negara ini menyasarkan untuk memvaksin sehingga 70 juta penduduk pada tahun ini, namum, bergantung kepada bekalan.

Filipina merekodkan 1,372232 kes COVID-19 pada Rabu, termasuk 23,928 kematian.

Sumber: BERNAMA

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending