Connect with us

Infozon

China Hantar Pasukan Perubatan Ke Palestin Bantu Banteras Covid-19

Umum sedia maklum bahawa ketika dunia dilanda wabak pendemik ini, negara bergolak seperti Palestin turut mengalami nasib yang sama.

Kekurangan pakar dan juga keadaan negara yang kerap kali diganggu oleh musuh terdekat membuatkan negara tersebut mengalami sedikit kesulitan dalam mengendali penularan Covid-19.

Hantar pasukan perubatan

Oleh sebab itu, negara China telah menghantar pasukan pakar perubatan mereka bagi membantu negara tersebut berdepan dengan pendemik ini.

Dalam muat naik yang dibuat China Xinhua News, Perdana Menteri Palestin telah menyambut baik kehadiran petugas kesihatan tersebut yang tiba di negara itu untuk sama-sama berjuang melawan Covid-19.

Sahabat yang datang membantu

Dalam kapsyen yang disertakan dengan gambar itu mengumpamakan bahawa China seperti seorang rakan sejati yang datang ketika rakannya sedang memerlukan.

Setakat ini Palestin telah mencatatkan hampir 500 kes dengan 3 kematian. Walaupun jumlah tersebut tidak besar berbanding negara- negara luar, namun penularan masih berlaku.

Lebih memburukkan apabila Rejim Zionis telah mengumumkan akan merampas sebahagian wilayah di negara Islam itu ketika dunia sedang berdepan dengan ancaman wabak maut ini.

Sumber : China Xinhua News

Continue Reading
Advertisement

Trending