Connect with us

Infozon

Cetus Rasa Sayu, Roti Cicah Minyak Juadah Berbuka Anak Beranak

Tiada apa yang menyenangkan apabila telah ditakdirkan hidup di dunia ini. Setiap insan sudah tertulis akan merasai perkara suka dan duka sepanjang perjalanan hidup mereka.

Di Twitter, sebuah perkongsian mengenai luahan seorang ibu, sehingga kini telah meraih hampir 43,300 ulang kicau dan juga 77,900 tanda suka oleh kalangan pengguna laman tersebut.

Berbuka hanya dengan roti dan minyak

Seorang ibu meluahkan kesedihan mengenai realiti pedih yang dihadapi oleh dirinya dan jugak anak-anak. Tatkala, sebilangan umat islam berbuka puasa dengan menikmati makanan yang berzat serta enak, mereke sekeluarga hanya mampu menjamah juadah roti yang dicicah bersama minyak.

“Kadang2 saya tak makan…”

Berpuas hati bila anak2 dapat makan

Luahan ibu ini sekaligus telah membuatkan kebanyakan pengguna Twitter dari seluruh dunia bersimpati dengan nasib sebilangan umat islam yang tertindas ini. Ramai yang berdoa dan berharap agar kepayahan mereka ini bakal terbalas suatu hari nanti

Dunia merupakan pentas ujian bagi manusia dan diuji tahap kesyukurannya pada Maha Pencipta. Disebabkan itu,setiap insan disarankan untuk sentiasa bersyukur dengan apa jua yang mereka miliki hari ini.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending