Connect with us

Inspirasi

CEO Grab Hantar Pesanan Makanan, Kayuh Basikal Menyamar Jadi ‘Rider’ GrabFood

Tindakan CEO dan pengasas bersama Grab, Anthony Tan yang menyamar menjadi seorang penghantar makanan atau rider GrabFood baru-baru ini telah tular di media sosial.

Kongsi pengalaman jadi rider

Menerusi akaun Linkendin Anthony Tan, beliau memaklumkan pernah mencuba menjadi penghantar makanan GrabFood dengan berjalan kaki. Kali ini beliau mencuba untuk menunggang basikal pula.

Anthony Tan dilihat bersama-sama mengayuh basikal menjadi GrabFood dengan seorang lagi penghantar makanan berpengalaman dikenali sebagai Lim.

Berkayuh bersama rider GrabFood berpengalaman

Dalam penulisannya di LinkedIn, CEO Grab itu memaklumkan kayuhannya tidak bermula dengan begitu ‘cantik’ apabila terlupa menanggalkan tempat duduk bayi di bahagian belakang basikalnya sehingga terpaksa menggalas beg GrabFood sepanjang perjalanan.

Puji pengurusan yan cepat

Ketika waktu tengahari, Anthony Tan berasa kagum kerana hanya menanti 3 minit sahaja untuk menunggu makanan yang disediakan siap untuk dihantar.

Urusan pembungkusan dan pick-up makanan juga berjalan dengan lancar.

Ada masalah parkir basikal

Namun bos besar itu mengakui yang beliau menghadapi sedikit kesukaran ketika hendak memarkir basikal lebih-lebih lagi ketika waktu hujan kerana tidak mengetahui tempat meletakkan basikalnya itu.

Tetapi ia bukanlah satu masalah yang besar kerana tidak susah untuk mencari tempat parkir di kawasan kayuhannya.

Berjaya hantar 4 pesanan kurang dari 2 jam

Di akhir perkongsian tersebut, Anthony Tan memberitahu yang beliau berjaya menghantar empat pesanan makanan dalam masa kurang dari 2 jam dan sangat berterima kasih kepada rider GrabFood berpengalaman yang banyak membantunya, Lim.

Beliau sangat mengagumi kesungguhan Lim yang boleh menghantar 20 hingga 30 pesanan dalam satu hari demi untuk menghidupkan keluarganya.

Dikesempatan itu, pengasas bersama Grab berkenaan telah mengucapkan Selamat Hari Bapa buat semua bapa yang gigih berusaha untuk orang-orang tersayang yang menanti mereka di rumah.

Sumber: LinkedIn Anthony Tan

Continue Reading
Advertisement

Trending