Connect with us

WTF

Cemburu Dengan Kecantikan Diri, Kakak Bertindak Kejam Sehingga Tarik Nyawa Adik Sendiri

Siapa sangka, dikalangan adik beradik boleh mendatangkan perasaan hasad dengki dan cemburu kepada diri sendiri. Malah, ada terlalu mengikutka perasaan sehingga tergamak mengambil nyawa darah daging sendiri.

Menurut laporan Harian Metro, seorang wanita telah ditahan dan didakwa kerana membunuh adik kandungnya sendiri. Elizaveta Dubrovina yang berusia 22 tahun ini, dikatakan terlampau cemburu dengan adiknya sehingga sanggup melakukan tindakan yang kejam!

Adik perempuan terlalu cantik…

Dua beradik ini sejak kecil lagi telah membesar bersama-sama disebuah pusat anak yatim. Setelah mereka berdua dewasa, mereka keluar dari pusat anak yatim berkenaan dan telah mempunyai pekerjaan untuk sara hidup .

Dikatakan adiknya Stefania yang ketika itu hanya berumur 17 tahun, telah bekerja sebagai model. Stefania dikatakan tinggal serumah bersama dengan teman lelakinya Alexey Fattev.

Serang dan bunuh adik dengan kejam

Elizaveta menyerang adik perempuannya itu dan menikamnya sebanyak 189 kali serta mengorek keluar biji mata Stefania. Dia juga telah memotong telinga milik mangsa kerana terlampau geram dengan kecantikan yang adapada diri Stefania.

Semasa mayat Stefania ditemui, dikatakan anggota badannya hampir hancur lebur akibat serangan dan tikaman yang bertalu-lalu memnuhi kepala, leher, badab lengan serta kakinya.

Mayat Stefania ditemui oleh teman lelakinya didalam rumah berkenaan, dan berjaya menahan Elizaveta dari melarikan diri.

Parah akibatnya kerana bertindak terkelaluand an mengikut hawa nafsu. Bukan sahaja membahayakan nyawa orang lain, tetapi masalah tidak akan pernah selesai.

Sumber: Metro Harian.

Continue Reading
Advertisement

Trending