Connect with us

WOW

Cekap Urus Isu COVID-19, Malaysia Kini Dikagumi Negara Jepun

Terdahulu, terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka lebih banyak hospital sementara sekiranya kes baharu COVID-19 meningkat secara mendadak. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hospital sementara yang dibuka akan menempatkan pesakit yang tidak memerlukan bantuan pernafasan.

Antaranya, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dijadikan sebagai hospital sementara dan sebagai persiapan sekiranya berlaku gelombang ketiga memandangkan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur adalah tinggi.

Jepun pun kagum dengan Malaysia!

Dewan MAEPS berubah kepada hospital sementara dengan mengambil masa selama 4 hari untuk menyiapkannya.

Berita ini bukan sahaja mengagumkan rakyat tempatan, malah telah membuka mata negara luar terhadap kecekapan negara Malaysia menguruskan musibah yang melanda.

Malaysia tangkas menghadapi bencana…

 

Tahniah menteri kesihatan Malaysia & KKM!

Ekoran dengan berita ini, ramai yang turut meluahkan rasa bangga kerana negara Malaysia dipuji kecekapanan menguruskan permasalahan yang melanda dunia ketika ini.

Malaysia boleh!

Terima kasih frontliner!

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending